BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 25 May 2011

Bisikan Hati...

Ermmm...walaupun perkara dh berlalu...namun kdg2 ingatan tu kembali kepadanya...walaupun dia dh mungkir janji...tp dalam hati aku tetap bdoa spy aku diberikan kekuatan untuk menghadapi segala yang berlaku...walau pedih..walau sedih...aku akan kuat utk mhadapi segalanya...sgl yg blaku adalah pengalaman tuk aku..supaya lebih bhati2 dgn insan bernama LELAKI...Ni semua ujian tuk aku...Sesungguhnya Allah s.w.t tak kan uji hambanya dgn ujian yg x mampu tuk hambanya hadapi....Allah s.w.t. berfimrman dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."....Kita sbg manusia selalu mahukan hari yang terang....tp Allah s.w.t turunkan hujan kpd kita sbb Allah s.w.t nk bg pelangi kpd kita :) so enjoy dgn lagu Bisikan Hati by Zila af 4...


Bisikan Hati

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku yang telah lalu
Bersama berjanji sehidup semati

Kini tinggal hanyalah kenangan
Dikau hilang di mana gerangan
Tiada berita kudapati
Hanya ingatanku di masa yang lalu

Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkanlah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji

Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji
Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkan lah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji

Tuesday 24 May 2011

KELEBIHAN SURAH YAASIN

1. Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri

2. Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.

3. Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

4. Ayat 13 - 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

5. Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

6. Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

7. Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

8. Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.

Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam

9. Ayat 33 - 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

10. Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.

Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

11. Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

12. Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

13. Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.

14. Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

15. Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

16. Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

17. Ayat 45 - 48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

18. Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.

a. Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba

b. Tiupan 2 - Hancur

c. Tiupan 3 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

19. Ayat 50 : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

20. Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.


21. Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

22. Ayat 78 - 79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa ayat 78. “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.

23. Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

24. Ayat 82 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari...

Selamat Beramal :)

Dah lama x updated blog...buzy menyelesaikan segala kekusutan...Akhirnya sgl nya terlerai...Dan aku yakin sgl2 yg blaku adalah jwpn pada istikharah...Aku yakin pada janji allah dalam Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."