BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 7 June 2011

tIaDa YaNg sEmPuRnA

Jika kamu memancing ikan……    
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……    
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……    
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN   ia semula kedalam air

begitu sahaja…….    
Kerana ia akan SAKIT   oleh kerana bisanya……    
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA   selagi

ia masih hidup……    

Begitulah juga……    

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……   


Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……    
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……    
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……   


Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……    
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih

mengingati kamu……    

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……    
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia

begitu teguh……    
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……    
Kerana apabila ia mulai RETAK  ….tidak sukar untuk kamu

menampal dan memperbaikinya semula……    
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……    

Begitulah  juga……    

Jika kamu sedang memiliki seseorang….  TERIMALAH   dia

seadanya……    
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia

begitu istimewa……    
Anggaplah dia manusia biasa……    
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN  …. tidaklah sukar

untuk kamu MEMAAFKANNYA   dan MEMBOLEHKAN   hubungan kamu

akan TERUS   hingga ke akhir hayat    
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan   MENINGGALKAN dia begitu

sahaja kerana  kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya    
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……    

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……    
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……    
Yang MENGENYANGKAN   dan BERKHASIAT  ……    
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……


Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN  ……    
Kelak, nasi itu akan BASI   sendiri dan kamu sudah tidak

boleh menikmatinya lagi……    
Kamu akan MENYESAL  ……    

Begitulah juga……    

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN  ……    
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……    
MENYAYANGIMU  ….  MENGASIHIMU  ….dan MENCINTAIMU  ….    
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA   dengan yang lain……    
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN  ……    
Kelak, dia akan BERJAUH HATI   dan kamu akan KEHILANGANNYA   

apabila dia menjadi milik orang lain……    
Kamu juga yg akan MENYESAL   dan tidak ada gunanya lagi……    

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN   

kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN   yang sempurna,

sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN   orang yang

kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA   sebagai manusia

biasa serta BERSYUKUR   dengan apa yang kita sudah MILIKI  …

kita akan BAHAGIA, BAHAGIA   dan terus BAHAGIA  …itu lebih

BERMAKNA  !    

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang

hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama

seperti yang hilang”

0 comments: