BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 14 April 2011

Andai LELAKI tahu

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya...

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata
itu bukan bermakna dia lemah
tetapi
dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu...

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah
itulah maknanya dia sangat mengambil berat
dan menyayangi lelaki itu..
Lihat saja pasangan yang baru bercinta,
mereka jarang bergaduh
tetapi percayalah
semakin bertambah sayang mereka pada seseorang
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku...

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat...

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik
bukan untuk dirinya
tetapi untuk masa depan anda...

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu
dan tidak percayakan anda
bukan bermakna dia tidak sayang
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih mengangap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian..
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi...
Naluri keibuannya sangat kuat
dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda...

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk
jangan kata dia mengada-ngada
Dia bukannya mahu dipujuk dengan
wang ringgit atau hadiah sedozen
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat mereka rasa dihargai...

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya...

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu padamu,
dia benar-benar maksudkannya...
Apabila berjauhan,
bayanganmu akan sentiasa bermain di mata...

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu
Dia mahu melihat sejauh mana
kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya...
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya
Selagi dia dengan kamu,
percayalah
walaupun perempuan menganggap
masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya,
kamu tetap yang terbaik...

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut,
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat...

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja,
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula...
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda..
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan
Dia terlalu emosional,
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda...

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan
lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri,
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan..
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali,
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan
seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya..
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat
lelaki menjadi lemah kerananya...

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda...
Insya Allah...
 
 
 
p/s....cite2 dlm blog aku nie...hanya luahan hati aku..bace utk dijadikan panduan dan pengajaran..bkn utk belas kasihan..aku x perlukn pembaca yg nk amik kesempatan tuk amik tahu hal aku dgn follow blog aku....

0 comments: